Featured Post

Ombak Rindu mengganas

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK BABAK beremosi dan sedikit tarikan seksual antara perencah yang memberi jiwa kepada Ombak Rindu. AURA filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari sudah dapat dirasai usai tayangan pratonton filem berkenaan, dua...

Read More

Pengasas Facebook lawat Vietnam

Posted by bluedianthus | Posted in Berita | Posted on 27-12-2011

0

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

MARK ZUCKERBERG (tengah) diberikan bunga sebelum dia melawat Ha Long Bay di wilayah Quuang Ninh kelmarin.

HANOI, Vietnam – Pengasas bersama laman jaringan sosial Facebook, Mark Zuckerberg melakukan lawatan rahsia bersama kekasihnya Priscilla Chan ke Vietnam, lapor akbar VnExpress kelmarin.

Berdasarkan laporan beberapa sumber, VnExpress menyatakan, Zuckerberg telah menyewa satu penerbangan dari Bangkok menuju ke Lapangan Terbang Noi Bai di Vietnam pada 22 Disember lalu.

Beliau diberikan visa untuk memasuki Vietnam dari 12 Disember selama dua minggu.

Seorang pembaca menelefon jabatan pengarang VnExpress untuk memberitahu, dia dapat mengecam Zuckerberg bersama teman wanitanya semasa terserempak dengan mereka pada Jumaat lalu.

Ibu-ibu glamor Bollywood

Posted by bluedianthus | Posted in Hiburan | Posted on 27-12-2011

0

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

AISHWARYA RAI

TAHUN 2011 menyaksikan ramai aktres-aktres terkenal Bollywood telah melahirkan zuriat masing-masing. Berikut antara aktres-aktres yang dimaksudkan.

Aishwarya Rai Bachchan

Kehamilan aktres dan bekas Ratu Dunia Aishwarya Rai, menantu pelakon Amitabh Bachchan yang juga isteri kepada anak Amitabh, Abhishek Bachchan telah menjadi suatu perkara yang heboh satu dunia. Ini kerana muncul banyak pihak yang bertaruh tentang tarikh kelahiran anak sulung Aishwarya.

Namun akhirnya pada 16 November lepas, dia telah melahirkan anak perempuan.

Bagaimanapun nama anak itu dikatakan hanya akan diberikan pada upacara pemberian nama atau digelar sebagai namkaran dalam masyarakat India.

Namun mungkin ramai yang tidak sedar, pada hakikatnya Aishwarya telah melahirkan anak yang sihat dalam usianya yang kini mencecah 39 tahun!

Buku dimakan anai-anai dipamerkan

Posted by bluedianthus | Posted in Berita | Posted on 27-12-2011

0

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

SEBUAH buku yang mengandungi lubang akibat dimakan anai-anai dipamerkan di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak pada 20 Disember lalu.

ROM, Itali – Sebuah buku lama yang dimakan anai-anai dipamerkan di sebuah muzium di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak pada minggu lalu di sini.

Buku-buku dan manuskrip lama yang rosak akibat terbakar, peperangan dan dimakan anai-anai dirawat di institut tersebut seperti seorang pesakit di hospital.

Acu parang, abang dipenjara

Posted by bluedianthus | Posted in Berita, Jenayah | Posted on 27-12-2011

0

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

KOTA BHARU – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas seorang pemuda kerana didakwa mengacukan parang kepada adiknya dalam kejadian yang berlaku empat hari lalu di kampung Langgar Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Majistret Mohd. Fazaly Mohd. Ghazaly Ali mengarahkan tertuduh, Mohd. Noor Einadzlie Yahaya, 30, menjalani hukuman tersebut setelah dia mengaku bersalah bermula dari tarikh dia ditangkap pada 22 Disember lalu.

Dalam kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hafiz Abd. Rahman itu, ketika pengadu iaitu adik perempuan kepada tertuduh berada di rumah ibunya lebih kurang pukul 12.15 tengah malam, tertuduh telah membuat ugutan jenayah terhadapnya menggunakan sebilah parang dengan niat hendak menyebabkan ketakutan dan mendatangkan kecederaan dan kematian kepadanya.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan perangai abangnya itu, mangsa membuat laporan ke balai polis Kota Bharu dan tangkapan telah dibuat, sebilah parang yang dijadikan barang kes oleh pihak pendakwaan turut dirampas.

Bekas pembantu pusat snooker di sebuah pasar raya itu disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sebelum itu, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana tindakannya itu bertujuan mengajar adiknya yang sering pulang lewat dan tidak berniat untuk mencederakan.

SPRM siasat rasuah, seleweng kontrak Iskandar?

Posted by bluedianthus | Posted in Berita, Jenayah | Posted on 27-12-2011

0

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu.

Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan penyelewengan tersebut turut melibatkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek untuk syarikat itu.

Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di Sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta serta jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta.